Malaysia’s National Service programme has earned its fair share of bouquets for bringing multiracial youth together to collectively experience four core modules meant to instil patriotism and ethnic harmony. However, it also suffers the brickbats of detractors who denounce it as a dangerous, expensive, and glorified summer camp.

OTHER QUESTIONS

Why are things in East Malaysia more expensive than in Peninsular?
Why are there so many immigrants working in mamak shops all of a sudden?

Comments

Answer

If you spot a group of Malaysians school leavers raptly reading long lists of names in the newspapers – only for some to hoot with excitement, yell in dismay, or breathe a sigh of relief – their mixed reactions are likely to be caused by their conscription (or exemption) from Malaysia’s National Service Programme.

National service was first proposed by the Ministry of Defence in 2001 as a way to combat the rampant racial polarization that was prevalent in educational institutions and foster ethnic harmony. The mandatory programme, which began in December2003, requires selected 18-year-old youths to participate in three months of activities that encompass four core modules: physical, nation building, character building, and community building.

According to the National Service Training Act 2003, the program’s particular aim is to prepare Malaysian youths for national service under the National Service Act1952 [Act 425], and generally of creating a nation which is patriotic and resilient and imbued with the spirit of volunteerism guided by the principles of the Rukun Negara.The program also aims to foster ethnic harmony among the multicultural Malaysian youth.

Read the National Service Training Act 2003 here.

Key additions to the subjects covered in the National Service programme include the introduction of the sex education module – also known as reproductive health and social education –in February 2011. The module, which was developed by a coalition of organizations including the National Population and Family Development Board, the Ministry of Health, and the All Women’s Action Society Malaysia, will enlighten trainees on gender, family, reproductive health, and violence issues.

Read more about the introduction of the sex education model.

Defence Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, also recently indicated the introduction of a voter education subject to impress the importance of voting upon the trainees once they turn 21. Plans include inviting the Election Commission to brief trainees on their voting rights once they become eligible to vote.

However, the national service program costs taxpayers a total of RM560 millionto run annually, prompting criticism from quarters that believe the money could be better channelled elsewhere to ease the rising cost of living in Malaysia.
It has also been unfavourably compared to Singapore’s stringent national service programs, which requires all male Singaporean citizens and second-generation permanent residents to enrol in the military.

Read the Wikipedia entry on Singaporean National Service.

While Singapore’s 2-year program produces Operationally-Ready Servicemen, Malaysia’s national service is viewed as a ‘‘summer camp’’ with questionable effectiveness due to the short duration, lack of resemblance to actual military training, and inability to include all eligible youth.

The programme is also plagued with major incidents, which include food poisoning, racial brawls, sexual assaults, negligent trainers, harassment, and even the deaths of trainees.

Read the full list of incidents in Wikipedia’s entry on Malaysian National Service.

Thus, parents have grown increasingly alarmed at the conscription of their children due to the government’s inability to guarantee their offspring’s safety during the entire duration of the national service program.

Read the Malaysian Bar Council’s Human Rights Committee’s response to trainee deaths here.

Despite widespread dissent, the national service program shows no signs of slowing down, and only time – or more incidents – will tell if it survives or gets scrapped.

MENGAPA SAYA PERLU MENYERTAI PLKN? IANYA MENSIA-SIAKAN MASA DAN KEBELIAAN SAYA

Jika anda ternampak sekumpulan lepasan sekolah membelek akhbar-akhbar tempatan dan membaca suatu senarai nama yang panjang dengan teliti – anda akan mendapati ada yang melonjak keriangan, berteriak kecemasan, atau bernafas lega. Reaksi-reaksi yang bercampur-baur ini kemungkinan disebabkan oleh pengerahan (atau pengecualian) daripada Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).

Khidmat Negara dicadangkan oleh Jabatan Pertahanan pada tahun 2001 sebagai salah satu cara untuk memerangi polarisasi kaum yang berleluasa di institusi-institusi pendidikan dan memupuk keharmonian etnik. Program wajib ini mula dijalankan pada Disember 2003. Ianya diwajibkan ke atas anak-anak muda seusia 18 tahun yang terpilih untuk menyertai aktiviti-aktiviti selama tiga bulan. Ia merangkumi empat modul teras: fizikal, pembangunan negara, pembangunan watak, dan pembangunan masyarakat.

Berdasarkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003, matlamat khusus daripada program ini adalah untuk mempersiapkan belia Malaysia bagi khidmat negara dibawah Akta Khidmat Negara 1952 [Act 425]. Pada umumnya, program ini adalah untuk melahirkan sebuah bangsa patriotik dan ulet serta dijiwai dengan semangat kesukarelaan yang berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan keharmonian kaum di kalangan generasi muda Malaysia yang berbilang bangsa.

Rujuk Akta Latihan Khidmat Negara 2003 di sini.

Matapelajaran tambahan yang dimasukkan di dalam Program Khidmat Negara termasuklah pengenalan kepada pendidikan seks – juga dikenali sebagai pendidikan reproduktif, kesihatan pembiakan dan sosial. Ianya mula dipraktikkan pada Februari2011. Modul tersebut, yang dibangunkan oleh gabungan pertubuhan-pertubuhan yang termasuk Majlis Kependudukan Negara dan Pembangunan Keluarga, Kementerian Kesihatan, dan Persatuan Tindakan Wanita Malaysia (AWAM), akan mencerahkan peserta-peserta latihan mengenai gender, keluarga, kesihatan reproduksi, dan isu keganasan.

Rujuk lebih lanjut mengenai model pengenalan kepada pendidikan seks di sini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga baru-baru ini ada menyentuh mengenai matapelajaran pendidikan pengundi untuk memberi penekanan terhadap kepentingan mengundi sebaik sahaja mereka mencecah usia 21 tahun. Perancangan yang diatur termasuklah menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi memberi penerangan mengenai hak pengundi sebaik sahaja mereka layak mengundi.

Walau bagaimanapun, kos bagi PLKN ini membelanjakan wang pembayar cukai mencecah sejumlah RM560 juta setahun. Ianya telah menimbulkan kritikan daripada banyak pihak yang merasakan peruntukan tersebut lebih baik disalurkan ke bidang lain yang mampu meringankan kos hidup di negara ini.

PLKN juga kelihatan kurang efektif, terutamanya apabila dibandingkan dengan program latihan khidmat negara Singapura yang tegas, dimana ianya mengehendaki semua warganegara lelaki Singapura dan penduduk tetap generasi-kedua di Singapura menyertai tentera.

Rujuk kepada Wikipedia yang membincangkan mengenai Khidmat Negara Singapura.

Program 2-tahun yang dirangkakan oleh Singapura itu telah melahirkan Warga yang Sedia Beroperasi. Manakala, di Malaysia pula, khidmat negaranya diperlihatkan seperti satu kem perkhemahan yang banyak dipersoalkan keberkesanannya disebabkan tempoh yang singkat, kurangnya penerapan latihan ketenteraan sebenar dan ketidakupayaan untuk melibatkan semua belia-belia yang berkelayakan.

Program yang dikendalikan di negara ini dibelenggu dengan kecelakaan-kecelakaan termasuklah kes keracunan makanan, gangguan seksual, kecuaian jurulatih, pencabulan dan termasuklah kes kematian dari kalangan pelatih-pelatih.

Rujuk senarai penuh insiden dari Program Khidmat Latihan Negara di Wikipedia.

Oleh yang demikian, para ibu bapa mula bertambah bimbang terhadap anak-anak mereka akibat  ketidakmampuan kerajaan dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka selama tempoh PLKN yang dijalankan.

Rujuk kenyataan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia hasil daripada kes kematian yang berlaku di sini.

Sungguhpun terdapat perbezaan pendapat yang meluas, PLKN tidak menunjukkansebarang tanda-tanda ianya akan dipinda. Sama ada PLKN ini akan diteruskan atau dihentikan, hanya masa yang akan menentukan ataupun kita akan berhadapan dengan lebih banyak kes yang bakal berlaku.